Tuntutan Harta Sepencarian

Apa itu harta sepencarian?

Harta sepencarian ialah harta-harta yang diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan samada diperoleh semasa tempoh perkahwinan atau diperoleh sebelum perkahwinan tetapi dibangunkan semasa dalam tempoh perkahwinan.

Dalam kes tuntutan harta sepencarian, Mahkamah Syariah akan mengambil kira sumbangan langsung dan sumbangan tidak langsung pihak-pihak bagi menentukan takat pembahagian harta sepencarian.

Apakah maksud sumbangan langsung? Sumbangan langsung bermaksud pihak yang mengeluarkan perbelanjaan ke atas sesuatu harta, contohnya si suami ada membuat pembelian ke atas sebuah rumah, dan bayaran bulanan (monthly) dibuat oleh si suami.  Ini bermaksud suami mempunyai sumbangan secara langsung ke atas rumah tersebut.

Bagi sumbangan tidak langsung, ianya adalah sumbangan yang bukan dibuat secara langsung melalui duit namun dibuat selain daripada itu, contohnya sumbangan tidak langsung daripada seorang isteri, yang memberikan sokongan moral dan dorongan kepada suami, dengan sanggup bersusah senang dari awal perkahwinan sehingga berjaya mendapatkan sesebuah harta. Serta memberikan sepenuh pengorbanan terhadap keluarga seperti menjaga makan pakai suami dan juga menjaga anak-anak dengan baik. Hal ini dapat memberikan ketenangan kepada suami, sehingga memperoleh kejayaan dalam pekerjaan sehingga berjaya mendapatkan sesebuah harta. 

Comments

Popular posts from this blog

Mutaah tu Apa? Boleh ke saya nak tuntut dekat bekas suami selepas bercerai?