Posts

Tuntutan Harta Sepencarian

Apa itu harta sepencarian? Harta sepencarian ialah harta-harta yang diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan samada diperoleh semasa tempoh perkahwinan atau diperoleh sebelum perkahwinan tetapi dibangunkan semasa dalam tempoh perkahwinan. Dalam kes tuntutan harta sepencarian, Mahkamah Syariah akan mengambil kira sumbangan langsung dan sumbangan tidak langsung pihak-pihak bagi menentukan takat pembahagian harta sepencarian. Apakah maksud sumbangan langsung? Sumbangan langsung bermaksud pihak yang mengeluarkan perbelanjaan ke atas sesuatu harta, contohnya si suami ada membuat pembelian ke atas sebuah rumah, dan bayaran bulanan (monthly) dibuat oleh si suami.  Ini bermaksud suami mempunyai sumbangan secara langsung ke atas rumah tersebut. Bagi sumbangan tidak langsung, ianya adalah sumbangan yang bukan dibuat secara langsung melalui duit namun dibuat selain daripada itu, contohnya sumbangan tidak langsung daripada seorang isteri, yang memberikan sokongan moral dan dorongan kepada suami, de

Mutaah tu Apa? Boleh ke saya nak tuntut dekat bekas suami selepas bercerai?

 Assalamualaikum Tuan-tuan dan Puan-puan. Mutaah tu maksudnya @pemberian saguhati daripada bekas suami kepada bekas isteri selepas berlaku perceraian, untuk segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh si isteri sepanjang tempoh perkahwinan. Ya boleh. Si isteri boleh menuntut mutaah daripada bekas suaminya setelah berlakunya perceraian. Dan juga perceraian itu bukan lah terjadi disebabkan oleh si isteri. 

Jenis-jenis Perceraian di Mahkamah Syariah

 Jenis-jenis Perceraian yang boleh dituntut di Mahkamah Syariah di Malaysia ialah: 1) Perceraian secara Talak (Hakam)  2) Perceraian secara Fasakh  3) Perceraian secara Khuluk (tebus talak)  4) Perceraian secara Taklik 

Selepas Bercerai, Apa Hak-hak/Tuntutan Yg Boleh Dibuat Seorang Isteri?

Hak-hak yang boleh dituntut oleh isteri selepas bercerai: 1. Nafkah Eddah 2. Hak Jagaan Anak 3. Nafkah Anak 4. Harta Sepencarian 5. Mutaah 6. Nafkah Isteri Tertunggak Apa-apa pertanyaan dan kemusykilan boleh diajukan di ruangan komen (ulasan), tq.